Kedua-dua jenis penginapan ada private toilet di dalam bilik. Tidak berkongsi.
Fasiliti hotel lebih selesa berbanding guesthouse. Dari sudut lokasi, kedua-dua lokasinya strategik di tengah bandar. Sesuai untuk berjalan sendiri di waktu malam.
Harga di atas tidak termasuk tiket flight.
Anda boleh beli sendiri atau kami tolong belikan.
Team kami sudah beberapa tahun lebih duduk di Korea.
Jadi kami sangat arif tentang restoran di Korea mana yang halal mana yang tidak.
Bukan setakat tiada babi lalu kita anggap halal. Tapi kami periksa sampai ke dapur bagaimana cara mereka menyediakan makanan.
Kami juga akan guide mana satu makanan street food Korea yang halal dimakan.
Di hotel, team TRIA akan meletakkan label mana makanan yang tidak halal di makan.